Tuesday, July 26, 2011

CONTEST SKINCARE BY CPM HONEY NURHALIZA








ok,kenapa aku join contest nie..??? first!experience...! yes! want to get as much experience dgn usha mcm mne calon2 laen jage kulit dorg, so jom join contest by 
sbnrnye klo korg nk thu aku byk belajar serba sikit pengetahuan tntg make up,pengjagaan kulit n everything about beauty kat blog kak CPM nie..lagi 1 about mary kay pon aku thu dari akak nie..klo x mmg aku xpnh thu pon wujudnye product mary kay nie..bgus xbgus product tu den xthu lgi sbb den blm pnh torai..huahuahauah,tp ,mmg adore giler dgn kulit kak cpm dri dulu,
tp xpew..usaha tgga kejayaan ika!!yeah!

ok,now back to the topic...on how sye jage kulit sye...=)

sbnrnye i lebih suke  erti kate laen i lebih gemar dgn penjagaan yg semula jadi,bermaksud kite gune bahan2 semula jadi..contoh putih telur dan madu,ini yg pilihan terbaik,


 putih telur sememangnye terbukti menjadi pilihan sye..even SITI NURHALIZA sendiri amalkan ye(ENTRI NIE),aku buat putih telur as mask,sye akan apply putih telur nie sblm tdo,dan esok pgi br sye bersihkan,ini kerana kite nk dptkan hasil yg maksimum ok!;)kulit kte akan jadi tegang,halus mulus..syok giler beb!seyes!xtpu..aku akan buat treatment nie dlm 2kli semggu,cewah!treatment kau.=p

agak2 bosan dgn putih telur,aku akan tukar ngan madu lebah,,hahh!nie mmg favourite! mmg agak melekit2 muke kte ye syg2 sume..tp..best! AMIK SKIT MADU DAN SPU KAT SELURUH MUKE..madu ini akan memberikan kelembapan pade kulit secre semula jadi,sgt best! nk ltk kt bibir pon letak ok..utk dptkn bibir pink2 skit..hee;)plus madu sgt3 bgus utk kulit dan JUGAK NABI2 kite dlu pon gemar kan MADU..kerana khasiatnye!dlm Al-QURAN pon ade tentang madu=)




i more thing,sometime i use 'tepung pulut' also..kite bancuh tepung pulut tu ngan air..(klu xsilap nie i bljr petua kecantikan ni dari siti nurhaliza)jgn cair sgt jgn pekat sgt..then just apply onto your face...;)

see!! when i apply putih telur




dan untuk facial wash,skrg i still on searching product i sesuai utk kulit i..oleh kerana i baru jew balek dari perbarisan kawad tu yg buat kulit i nie burn skit dan i de 1 jew prob,jerawat suke tumbuh kt dahi especially time nk period!argghhh!!!AKAK CPM...??
=(



hahahahah!sumpah guling2 tgk pic nie nk kate pic pasport pon x,
hehe..i srh adek  i snap ptg td(thats mean this my latest face) utk ltk kt resume i :)



ok..utk supplement..as usual la,i jugak dlm proses nk amalkan VCO=)itu sahaje buat mase nie,n 'supplement versi azlina' adlh i amalkan mkn ulam2,,sbb my parent suke mkn ulam2 nie..sgt bgus ye;)heee

1jew PRODUCT aku gune dari sekolah smpai skrg,nk thu ape KRIM SAFI yg kaler hijau tu,,hah!yg tu mmg xpnh miss...apply sikit jew kt jerawat esok tgk da kecut,hee..suke!

how about make up?? seriusly..i mmg bkn sllu pki make up,tp i sgt suke tgk org pki make up;)..cukup sekadar i apply eyeliner,powder n blusher klu i nk keluar,mascara kdg pki kdg2 x..nk klo gi klas pon i akan pakai basic skincare which is moisturizer from syahirah, 




simple right???=)  facial wash syahirah tu pon i da xpki..mcm i ckp td still on searching product yg sesuai,


close up 
(sejak dari sekolah lagi saye amalkn basic skin care which is cleanser,fresher n moisturizer)





soryyy..low class pnye quality pic,snap gne fon jew=(






bnde PALING PENTING kte kne sllu gne adlh H2O/AIR/WATER..sgt2 penting! minumlah sebyk mungkin air masak utk dptkn kulit yg xcantik JELITA,;)(wlu mcm mne anda make up tp klu jrg minum air kulit nmpk xberseri)








now..slogan time!;D
saya ingin menjaga kecantikan dan kesihatan kulit kerana sedikit sebyk ia dpt menjadikan sye untuk tampil lebih berkeyakinan pada diri sendiri ,namun plg penting yg harus dijaga adlh akhlak seseorg wanita,secare xlgsg kecantikan itu sendiri akan tercerlah pada wajahnye;) dan org yg menjadi inspirasi utk saya menjage kecantikan adlh mama saya..=)


oh,tdung tersenget skit,cowiey!



kulit mama sgt bersih dan putih gebu(genetik dari ayah den dpt kulit sawo matang),jarang sgt3 tgk kulit mama den ade jerawat




p/s-ari 2 gi umh my aunty,she use MARY KAY skincare,n i try facial wash MARY KAY f2..seriously,sgt lembut pade kulit,xde buih ase nikmat jew pakai..suke! da jtuh CINTA SGT2!

update(16 ogos): br sampai order mary kay..heee..tercapai hasrat nk cube!

Monday, July 25, 2011

~mereke yg menawan kalbu dimata azlina ishak~



JUST SHORT ENTRY GIRLS..SORRY..=)





3 org kaum hawa yg menjadi pilihan di mata aku..

Gambar Persandingan Farah AF2 & Johan
FARAH....manis semanis2nye...aduh!bertuah husband die dpt memiliki farah..
suke tgk die dari dulu..






NURUL IZZAH ANWAR,seorg ahli parlimen lembah pantai...wanita solehah yg sejati,











NORMALA SAMSUDDIN,wajah die xmengamabrkan umr die...wahh!! byk gojes!! no wonder ank die pon cantek








Friday, July 22, 2011

review tahajjud cinta from azlina ishak



876900.jpg (612×357)



sebelum aku meneruskan penulisan yg xseberape da pandangan aku yg mungkin bole dipakai mungkin tidak...
tp ape2 pon aku mintak maap la ade yg xsenang dgn pndgn aku nie,ye la ini cume apee yg terlintas dlm pikiran aku saat tgk cite nie..
ok,
tadi aku dpt tgk drama nie,sblm nie xberkesempatan nk tgk..
dan ade pihak yg membuat bancian adakah drama ini dpt mengembalikan kegemilangan Nur Kasih,????
jwpan sudah pastinye..oh!TIDAK..kenape tidak wahai azlina ishak??

yes!of course kite xleh nk banding2kan antara 2 drama nie dan plus sape aku nk bercakap pasal sume nie kn? tp ingt ape aku nyatakan diatas td,ini just pebdapat aku yg setia menonton drama2 melayu...dan drama Nur Kasih was owsem!!! jln cerita,cara pengarahan pegarahnye,lakonan2 yg sgt mantap,shoot2 yg menarik klu x mane nk dpt hampir 2juta penonton yg setia  dgn Nur Kasih 2 smpai 25 episd, right??

bagi aku tahajjud cinta,mempunyai jln cerita yg terlalu berat untuk kite paham,berat yg macam mne tu?? dari dari segale aspek dari skripnye,dan jln cerita..hanya sesuai utk ditonton,pkcik mkcik,tuan puan.., knpe nur kasih bole capai 2juta penonton?? kerana ditonton segenap lapisan masyarakat,atok nenek,pkcik mkcik,mama papa,adek,kakak..sume BOLE LAYAN.dan jugak aku merasekan rugi klu xtgk nur kasih tp klu aku miss tgk tahajjud cinta,its ok..no problm with me...







fllow the flow..isteri pertama erma fatima,melisa saila,dira abu zahar

















 knpe ade pic nie?? hee...tterpesona dgn baju dan kecantikan siti bertudung sepenuhnye....

Thursday, July 21, 2011

~SEDIAKAH KITA UTK HADAPI HARI PEMBALASAN~



Disini aku kongsi dgn korg sume sedikit ilmu yg bermanfaat,insyaallah...
Allah maha berkuasa
sesungguhnya yang baik dtg dari Allah dan segala kelemahan dtg dari diri saya sendiri..


Gambaran Hari Qiamat 

 



✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. 

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. 

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 

ⅰ- Pemimpin yang adil. 

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". 

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. 

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. 

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi. 

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. 

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin. 

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. 

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. 

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. 

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. 

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. 

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. 

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) 

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. 

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. 

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. 

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. 


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004. 

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama : 
① Sedekah/amal jariahnya. 
② Doa anak²nya yang soleh. 
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Monday, July 18, 2011

~its all about noveL~ =)








menu untuk juadah buka puase td yg simple dan sgt menyelerekan anak tekak aku...mahu x selere smpi tmbh 2kali.. sardin special,telor smbal,sup sayur : D

ok,tu hanya mukhadimah sahaje...

kmo2 sume minat x bace novel...? ;), mungkin ade sesetgh xbpe minat nk bace novel tp mmber2 wa mostly lyn novel..pempuan la tp..laki minat novel?? mybe ade tp xsermai pmpuan..=)

membace novel mmg da jadi hobi,minat aku sejak sek lagi...tp utk memiliki novel hanye saat aku da msok U sbb time kat sek aku hanye bce novel kt library jew plus pinjam novel kawan..hee..mmg xde psg niat aku nk beli novel time tu...time 2 mind set aku msih memikirkan membeli novel nie 1 KERUGIAN yg teramat memandangkan aku pon msih seklh mne ade sumber kewangan yg kukuh kn..so temanye bce novel free jew senang.. ;D,hahahah..(sungguh murnia niat mu ika)

now, let check it out antara novel2 yg mencetuskan fenomena dlm dunia novel..dan aku xnk ckp novel
LEGENDA BUDAK SETAN ye...semua org da familiar dgn itu novel plus da kuar kt layar perak pon...
kite tgk novel2 laen pulak k..mgkin ade yg penah korg bace mgkin ade yg x... dan antara novelis yg menjadi favourite aku  DAMYA HANNA,FAUZIAH ASHARI,SHARIFAH ABU SALEM,AISYA SOFEA..






bicara-hati.gif (200×328)

1)sekli BICARA HATI daa.....!! ini novel mmg wa xkan lupe..sgt popular ini novel..mau xfemes smpi 2 kali diterbitkan..tu la penagan DAMYA HANNA,klu peminat novel yg xpnh bce novel ini die blm katam dunie novel lgi la 2...
kisah perjalanan munuju kebahagian antara tengku syahran dan zahlia..hnye kerana kemlgn kecil bermula episod cinta antra mereka(peh! ayt da stok novelis..hee)
4 1/2  star




2)OMBAK RINDU by Fauziah Ashari
waaa...caya sama luu laa!! terbaek!!
aku suka cara penulis olah jln cerita novel nie,part2 romantk antara izzah dan hariz..;)
4 star!!




3) ini novel sgt menyayat hati sanubari engkorang....
bgimana kejam xkejam sang suami terhadap sang isteri tercinta!!
Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril,  Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya. 

4star!!





View Image

4) oh! ini bukan nurkasih ye..tp nk ala2 nurkasih skit pon ade...xbyk dlm 20% shje..part diorg bertemu balek kt arab,,=)

3 1/2 star!!




5) damya hanna again..=)
nk wat cner otai kan...impian yg musnah disbbkan fitnah yg xdiundang..=(
disitulah bermula segalanye.....



KN_Aku_Yang_Kau__4d524733cf5f3.jpg (262×436)


6) ini novel baru aku abis kan 2minggu lepas..sgt seronok,sgt best..

gadis yg sggp menjage menikahi lelaki yg sakit mental dan sggp utk buat apa saje utk suaminye,




PESONA_RINDU.jpg (100×130)

7) aku suggest kan korg bace novel ini bagi yg baru nk berjinak-jinak bace novel..sgt sweet,=)
cerita erti persahabatan,erti pengorbanan...
bace jgn xbace..=D





bisik-bisik-gelora.jpg (150×200)

last sekali by fauziah ashari..=)
BISIK-BISIK GELORA..baru beli..
laen skit dari novel2 laen..hero dan heroin same jew jahatnye...












tu koleksi aku yg xseberape..2lagi tah mane aku letak..=(
bku chemistry tu adek den punyo yo..;)

untuk bace novel secara online bole la usha page nie,bukan takat novel,cerpen sume ade..click here =)



                                                                    ini pulak blog novel sahaje



gudnite;)







p/s: 1)ape novel yg korg akan ingt smpi mati?? ade x..ade x...??=)
2) kKNPE HARUS ADE MUZIK KT BLOG...knp?knp?knp?ARGGGHHH!! 

Sunday, July 17, 2011

~place to go 2030~..blink2 tgk tmpt2 nie..awwuuuu!!

ya bedabedu!!! entry yg pnuh heaven..heeee....

mane xnye...dpt gi tmpt yg selme nie kau termimpi2..tp nie sume nikmat dunia shje...jgn melampauhi batas taw..Allah xsuke ye adek2..abg2..akak2..=)

bagi hanis zalikha ni mgkin perkara biase bgi die..da sllu fly,,gi holiday kt luar ngre..=)(rezeki)


ok,now let me share dgn korg tmpt yg aku idam nk sgt3 pegi..



1) ini menduduki carta pertama..klo org laen berlumbe2 gi LONDON dlu,
cukup utk aku smpai di sini dulu...xde negara laen yg dpt menandingi negara nie..

semoga kite sumua diberi kesempatan utk smpai kat sini..aminnnn



arigatooo.....
2) JAPAN..why must japan?? sbb x india..=p

lpekan pakcik2 komunis yg pnh dtg tnh melayu dlu ye adek2..;)
...aku kagum dgn budaya dorg,etika dorg,TEKNOLOGI diorg xyah cite la..superb!!

nk tgk dpn mate sendiri all about JAPAN..=)





annnneeeyongg...=)

3)KOREA,
that is called 63 building,
knp 63??,,scre klise laa sbb ade 63 tgkt..

ini tmpt mmg antre lokasi shooting yg mnjadi favourite penerbit2 kt sane nk wat pegmbrn..



pegruh kuat time aku study dlu..tp aku ase pegruh korea nie mmg dri dlu kuat,,time kecik2 lagi drama2 korea org xpnh lupe kot...







4) SABAH baa...

mak aku sendiri suke sabah..pantai die yg sgt cantek...
bkn bermksd kt semnjg xde pntai cntek..cume shje nk kt seberg pulak...=p(alsn xmnsbh ika!)









5)ooo man! i beat..nie menjadi tmpt favourite kot
PARIS spe xnk pegi..bkn kerana eiffel tower sahaje..tp nk merasai keindahan ciptaan Illahi di paris..;)






6)TURKEY
PNUH DGN SEJARAH ISLAM...tmpt para nabi,ulama terkenal pada zaman kegemilangan islam




p/l: klu korg diberi pilihan nk pi mane??;)

Saturday, July 16, 2011

~S.A.H.A.B.A.T~



sahabat laen kawan laen....konsep tu harus difahamkan dulu apa yg dikatekan laen...=p

nk jadi kwn,nk cari kwn..dgn sume org kau leh kwn.. kt mane2 kau leh dpt kwn.dlm fb dlm ym.dlm reality..xde sape nk hlg..tp tidak  SAHABAT..

































that guy my FRIEND not shbt

























shbt sejak seklh..gmbr dlm gmbr=p,thats way 'struktur xbpe nk kukuh'..=p





sekian~~~