Saturday, May 28, 2011

cerita Barcellona vs MU versi gadis..heeeeee=)

suke nye cek tgk hang maen bola messi,ozil..jgn isau,hang ttp di ati den..;)..

i berani jamin rmi kaum adam kt luar sane tgk game nie..Barcellona vs MU..
pertarungan hebat antare 2 kelab terbaek dunie..seriously,wlopon aku nie seorg perempuan(tahu ke girl tgk bola),,cek taw la serba sikt pengetahuan psl bola nie kn..;p,just on the surface xyah thu lebih2..=p
tp mmg super HEBAT kelab Barcellona maen..messi,david villa,aniesta,puyol,pedro
barisan hebat dri barcellona 1 kelebihan yg aku nmpk kt Barcellona setiap pemain Barcellona nie dorg sume leh jaringkan gol..bak kate ayh aku la kn kelab barcellona nie HEBAT berbeze dari kelab liga inggeris(EPL),
sepakan,tendangan dorg sume hebat


bab manen bola xyah nk cite.betape hebat die maen sume org taw..

1dunie kenal die,kalo xknl xtaw cek nk habaq lagu mana..ish3!!

sgt comel die berlari-larian kt ats pdg(kau kalo da pempuan,pempuan jgk ika)
=)



kalo org memilih cristiano ronaldo,tidak bagi aku..
oh! ini die my hero..heee...time world cup(den lyn ok) ari tu..
aku xmiss 1games pon time german maen
(katenye die islam..waallhualam )



MESUT OZIL!!! knp kau sgt macho???



BARCELLONA 3, MU 1

Friday, May 27, 2011

it's time part time work babey!!!

ooo yeaahhh guys...sihat?? alhmdlh syukur masih diberi kesempatan utk menikmati nikmati nikmat Allah...

lame rasenye den x update blog den ni haa...maap la yerk..;),mane nk urruskan suami lgi..baby lagi..busy2..!!
heeee...bile plak kau de suami ika!!=p

oo,yek...skrg sahabat2 yg da abis diploma(alhamdlh) tgh menikmati cuti mereke dgn hebatnye,mane x nye almost 4 month ok kami nie cuti sementre nk tggu kemasukan degree bulan 9 nnt..haaah,lame tu kan3!
so..kawan2..manfaatkan la cuti2 anda tu erk....jgn3 sia2kan mase mcm tu jew ok?...=)

aku lebih memilih utk keje part time kalo time2 cuti cm nie...dri kau duduk umh dok online,mkn,tdo,online,mkn,tdo, ade rezeki nk dtg dri langit??? non ado!

kalo kau kje part time mostly dorg akan bgi RM3.50 SEJAM..if 5jam sehari seminggu kau da dpt RM122.50,
sebulan ade la dlm RM500 something tu xtermasok kau wat extra work..
haaaahh..see...sape nk bgi wey RM 500 gedebung mcm tu an...

'eleh..ape dehal sgt ngan rm500 tu'..ye mungkin ade yg berfikiran begini..n
wa jelaskan disini ye..rm 500 tu mugkin x berharge mane utk yg dA tido ats duet or mak ayh die mmg da kayo..tp..bg den yg berasl dari keluarga yg sederhana nilai tu berharge utk keluarga den..=)

tp harus diingt jugk ye kwn2 yg duet tu mungkin leh jtuh no.2 yg penting pengalaman kite merase dunia realiti bekerja...

tp..tp..tp..aku jamin korg leh dpt part time work yg lgi masyuk kn..
n ini hanye based on my experience sahaje..=)

pilihan ditgn anda...heee,,=p




<may i take yourrr orderr sir..???>
=)



Sunday, April 24, 2011

KEBESARAN ALLAH S.W.T



SUNGGUH TERPEGUN aku saat membace artikel ini..betape hina diri nie di sisi-Nya..terlalu byk rasenye kekurangan dlm diri nie..
dan utk itu aku nak share dgn korg 
=)


Prof. Norhisham Wahab, Pengasas Color Vaibration Therapy yang banyak mengkaji tentang kaitan amalan haji dengan sains menjelaskan, Mekah ada­lah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil. Boleh dikatakan ia kawasan paling selamat di dunia. Tidak keterlaluan kalau dikatakan, jika suatu hari nanti bumi mengalami kekacauan dan malapetaka, Mekah adalah bumi yang paling selamat untuk didiami.
“Itulah kawasan yang dicari-cari selama ini, di mana manusia boleh tinggal dengan selamat dan aman se­hingga berlakunya kiamat. Sebagai pusat bumi memang banyak keistime­waannya. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bu­nyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga".
“Suatu masa dulu kiblat kita adalah masjid al-Aqsa dan di situlah pusat bumi ketika itu. Kemudian Allah pe­rintahkan Nabi untuk berpaling ke arah Kaabah sebagai kiblat. Dari apa yang saya pernah kaji, berlaku gempa bumi dan pergerakan lempeng bumi di tanah Arab clan menyebabkan pusat bumi berubah ke Mekah,” katanya.
Prof. Nohisham juga menjelaskan tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertah­anan daripada segala serangan penya­kit. Sebenarnya ketika berada di sana, sistem imun akan menjadi lebih kuat secara semula jadi tanpa bantuan vak­sin.

Pengaruh graviti banyak memainkan peranan untuk merangsang kelenjar pineal yang terletak di otak tengah un­tuk mengawal kekuatan sistem imun. Memang sudah dibuktikan apabila berada di Mekah yang sakit akan jadi sihat clan yang lemah akan bertenaga. Apabila graviti tinggi maka banyak elektron ion negatif yang berkumpul di situ. Sebab itulah doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.
Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kem­bali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
Ketika berada di sisi Kaabah perasa­an akan segera berubah menjadi he­ning, tenang, sayu, rendah diri, kerdil pada kebesaran tuhan. Semua itu ada­lah pengaruh dari tekanan graviti yang tinggi. Meskipun ada niat jahat Yahudi atau Kristian untuk menghancurkan Mekah, cubaan itu tidak akan berjaya. Setinggi mana teknologi ketenteraan negara-negara maju tetapi tidak dapat menembusi Mekah. Andai kata ada peluru berpandu yang dihalakan ke Mekah untuk menghancurkannya, itu pun tidak akan berjaya. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah. Begitulah hebatnya tempat yang Allah pilih sebagai kiblat bagi umat Islam. Sudah pastinya manusia biasa tidak mampu mencipta sesuatu sehebat itu. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
“Tempat yang paling tinggi teka­nan gravitinya, mempunyai kandu­ngan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu­lah jika bersembahyang di Masjidilha­ram walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk. Sujud, dahi mencecah lantar masih terasa dingin mamar yang dipanah matahari kerana tekanan graviti tinggi itu,” terangnya.

Selama ini kita hanya diajar tentang melakukan ibadat haji, rukunnya, seja­rahnya, perkara yang dilarang semasa ihram clan penjagaan kesihatan ketika di Mekah. Mengapa tidak pernah ada ulama atau tokoh agama yang mem­beritahu apa rahsia di sebalik rukun haji itu. Hikmah-hikmah yang selalu di­laung-laungkan tentang haji sudah terlalu biasa sangat. Haji dilihat sebagai satu pengorbanan, memerlukan kesabaran yang tinggi, persaudaraan, mengabdikan diri, melawan nafsu, dugaan, persamaan, perpaduan, kesu­dan rohani, menghambakan diri dan satu cita-cita. Semua yang dijelaskan terlalu subjektif.
Justeru, Al Islam mengambil kesem­patan ini untuk merungkaikan nikmat di sebalik tuntutan rukun haji dan larangan di dalam ihram berdasarkan hubungannya di dalam sains. Ia sudah pasti dimulakan dengan niat. Nampak mudah tetapi besar impaknya pada keseluruhan ibadat. Niat di sini bukan saja niat ihram tetapi juga niat kali pertama yang ter­lintas di hati untuk menunaikan haji. Menurut Prof Norhisham, apabila niat untuk mengerjakan haji sudah terlintas di hati, ia sebenarnya sudah sampai ke Kaabah. Untuk mendapatkan haji yang mabrur bermula dari niat semasa di tanah air. Akuinya, memang ramai yang mampu untuk mengerjakan haji namun untuk mendapatkan yang mabrur cukup sukar. Budaya masyarakat Melayu sebenarnya banyak menghalang tujuan mendapat­kan haji yang mabrur.


Katanya ramai yang tidak faham ten­tang ibadat tersebut. Ibadat haji mempu­nyai hubungan yang sangat rapat antara manusia dengan tuhan. Justeru tidak boleh ada rasa riak dan bangga diri. Jika membuat kenduri pun tidaklah sampai menjemput satu kampung.
‘Niat ke sana untuk apa? Belum pun habis kita menyusun niat sebenamya Kaabah sudah boleh mengesan apa yang di dalam hati kita. Niat itu ibarat bar kod yang akan diimbas semasa di sana nanti.
“Kita pergi ke sana untuk penye­rahan diri pada tuhan, rasa kerdil pada kebesaran Nya. Secara automatik akan menyebabkan kita lupa pada urusan dunia dan kesusahan yang ditempuhi. Pemusatan fikiran hanya kepada Allah tuhan yang satu, ia akan datang dengan sendirinya apabila berada di Mekah kerana semua itu ada kaitan dengan kekuatan Kaabah sebagai pusat bumi,” ujarnya.
Tambahnya lagi, Kaabah bukan se­kadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang pa­ling dirahmati. Mengapa bermalam di Muzdalifah dan Mina menjadi satu perkara yang wajib sebelum melontar ketiga-tiga jamrah. Di sebalik semua itu ada tujuan apabila Allah menurunkan perintah­nya. Menurut Prof Norhisham, wajib haji itu bertujuan mendapatkan cukup rehat bagi memulihkan tenaga sebe­lum kembali semula ke Masjidilharam menunaikan tawaf dan sai.
Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang. Pengaruh graviti itu penting untuk menentukan kedudukan kan tulang belakang bagi mengha
silkan sel darah. Ini adalah sebagai langkah persediaan untuk melakukan rukun haji yang berikutnya sebab itulah diwajibkan bermalam.

“Semasa tawaf nanti memerlukan tenaga yang banyak untuk mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali. Bila ber­malam di Mina seolah-olah kita sudah dapat bateri baru untuk melakukan rukun yang lebih mencabar lagi,” jelasnya. Manakala mengenai tawaf pula memang banyak keistimewaannya. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. Sebenarnya pusat bumi itu bukan sekadar untuk bumi saja tetapi ia seakan satu ruang atau suis yang mengawal seluruh cakerawala, bintang, matahari, planet dan ruang angkasa. Bermakna pusat bumi itu ada tenaga yang cukup kuat yang tidak boleh dili­hat, dengar, rasa tetapi boleh dikesan frekuensinya. Prof Norhisham turut menjelaskan pergerakan lawan jam di dalam jum­lah tujuh pusingan. Katanya, semua yang ada di alam ini bergerak mengi­kut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu. Elektron mengelili­ngi nukles, molekul protein terben­tuk dari kiri ke kanan, darah beredar juga dari arah yang sama di dalam badan, sperma juga beredar mengikut lawan jam, matahari, bulan dan planet semuanya berputar mengikut hukum yang sama.
Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru denganmengelilingi Ka­abah mengikut lawan jam, bermak­na peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
“Manakala bilangan tujuh itu ada­lah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu ba­nyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya,” terang Prof Norhisham. Manakala di dalam menunaikan rukun haji, ada perkara yang dilarang semasa berihram seperti tidak boleh tutup kepala, muka dan tapak tangan. Rambut, janggut tidak boleh disapu minyak, tidak boleh menanggalkan bulu dan rambut, memotong kuku dan memakai pakaian bersarung yang ber­jahit- khususnya bagi lelaki.
Semua larangan itu ada penerangan-nya. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut clan bulu roma adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang balk yang dipancarkan terus dari Kaabah. Begitu juga, muka clan tangan mem­punyai fungsi yang sama. Sebab itu­lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar clan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
Selepas selesai semua itu baru­lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pan­tang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk member­sihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelom­bang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
Sambungnya lagi, penggunaan kain kapas sebagai kain ihram selain untuk menonjolkan persamaan di sisi tuhan, wujud rahsia yang lebih mendalam. Kain kapas menurut Prof Norhisham adalah simbolik tanah hitam yang berunsur karbon. Kapas adalah unsur yang paling bersih. Sudah dikaji, kain kapas boleh membiaskan atau meman­tulkan semula radiasi gelombang jarak jauh atau gelombang infra merah. Gelombang ini memang sudah dikenal pasti mempunyai kesan yang tidak baik kepada badan,” jelas.



taken from jalan akhirat
Sumber: Majalah Al Islam (keluaran Sept)



sebelum diri ini menutup mata tersangat teringin utk pergi ke mekah...

Thursday, April 21, 2011

RED RIDING HOOD




rakan2 sume yg wa kasihi(cewaaah)...sudah tgkkah itu cerita...RED RIDING HOOD???

WA BAGI 4STAR..sbb??hero hensem..!! henry!!kmo sgt innocent...suke..=)haaaaaa......tp seyes beb cerite yg menarik..membuatkan kite tertye2 siapa dalang disebalik sume nie...
aku punye la bajet si polan nie yg jaat,mmg wa target dari awl cite smpi abis si polan yg jaat..
tup tup...sekali org laen daa....apa daa...
nk cite lebih2 xsyok la an..pe kate korg pi TGV or GSC yg berdekatan and then buy ticket for RED RIDING HOOD ok.......
;)













kehidupan dgn sahabat2 lebih membahagiakan idop anda;)
(waiting for the movie)

Wednesday, April 20, 2011

penah tgk umh Bill Gates??



hensem kan aku???? time mude,peh!!awek bersusun nk kt aku..heee..rekaan semate2..=p
tapi korg tgk sendiri ar kan... hensem kot Bill Gate nie wlopon da beruban...ok2..kite bkn nk cite psl tue tp nk usha betape besar ya amat istana mahligai die nie...anak pon xramai tp umh leh wat litar sepang kot...airport KLIA kew...



korg kenal kan Bill Gates..de kew yg xkenal Bill Gate????
ouwwwsshhh!! die nie tuan empunye MICROSOFT COMPANY!!
dgn adenye program yg die create nie maka leh la korg bukak laptop and then leh la korg klik kt google utk bukak blog korg n bace blog aku...=)..upenye die nie ex student Harvard university beb!


pnh tgk umh die...??xpnh meh nk show off..yg da tgk meh tgk lagi..


mamat nie nyer nilai kekayaan xde la byk mane..adela dlm
 $56 BILLION!!!! (giler kau ika xbyk kau kate)
 bape keturunan mkn xabis nie wey!!!

die nie dok kt medina,washington..dgn keluasan 66,000 square feet!
  • 7bedroom!
  • 6 kitchens!, 
  • 6 fireplaces,
  • 24 bathrooms which include 10 full baths!, 
  • a state of the art theater, 
  • an exercise facility, 
  • reception hall, 
  • library(my favorite part) 
  • formal dining room, 
  • techno-play land family room, 
  • conference facilities, 
  • and also quarters for a nanny


=)










 tada!naalek istane die..padan la ngan nilai kekayaan die tu...










oo MAN!!! part nie paling aku suke giler nk mampos..nk pengsan skrg pon bole..
thu x nie pe..??nie ade la ruang tamu die ye rakan2 sekalian...alquarium bsr menjadi subjek ruang tamu die...seyes!superb brilliant idea!








landscape yg marvellous








tepi laut umh die...syok an??









p/s-seronok x jadi kaye????????